Thursday, May 26, 2011

perbezaan diantara sunni n syiah


sedikit info shj
lau ade lebih buleh tmbh,sb rmai org islam kt negara ni sangka iran=islam btl2,mcm mazhab kite tp sbnrnye iktikad mereka berbeza!..so byk2 lah mengkaji supye kite xterjerumus kpd fitnah akhir zaman...semoga allah swt melindungi kite semua...amin...


A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah 

1. Imam adalah ma'sum.
2. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
3. Berpura-pura.
4. Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
5. Menghalalkan nikah Mut'ah.
6. Khalifah diwasiatkan secara Nas.
7. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
8. Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
9. Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
10. Menambah kalimah syahadah.
11. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.

B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
1. Menolak Ijmak Ulama.
2. Menolak Qias.
3. Mengamalkan Nikah Mut'ah.
4. Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
5. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
6. Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.

C. Pelbagai Penyelewengan Umum 

1. Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
2. Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
3. Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
4. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
5. Sembahyang Dhuha adalah haram.
6. Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
7. Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
8. Islam bukan syarat wajib haji.
9. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya

Sunday, May 22, 2011

kaye giler babi!



Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.
Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysi
a

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. 
sumber maklumat disini http://ijoks2009.blogspot.com/2011/05/mari-kita-lihat-berapa-gaji-orang-yang.html

scientist pon keatif..

pasangan senja ini telah berjaya menarik perhatian ramai dgn persembahan kreatif mereka.saksi kn persembhn mereka..jeng2